Skip to main content

Kubang Pasu

Bukit Kayu Hitam yang terletak di utara Kubang Pasu telah menjadi salah satu pintu antarabangsa di antara Malaysia dan juga Thailand. Daerah Kubang Pasu telah dihadiahkan kepada Tunku Anum oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah bagi membalas jasa baik beliau yang berjaya mengekalkan hubungan baik di antara Kerajaan Siam dan juga Kedah pada masa itu. Tunku Anum, adalah raja penghantar bunga emas dan perak semasa penaklukan Kerajaan Siam di Kedah. Oleh disebabkan itu juga, Tunku Anum telah digelar sebagai Paduka Raja Jambangan. Selepas penganugerahan itu, beliau telah menamakan Kubang Pasu sebagai ”Kubang Pasu Darul Qiyyam” atau ”Negeri Yang Teguh Berdiri“.

Makanan Warisan

  • Rendang Serai

  • Masak Lemak Kuning Daging Pekasam

Rendang Serai

Sejarah rendang serai di negeri Kedah ini tidak banyak yang diketahui umum. Namun, menurut penduduk kampung Teluk di Jitra, Kedah, resipi rendang serai ini adalah resipi turun-temurun oleh nenek moyang mereka. Hasil dari pencarian di laman web, rendang serai agak terkenal di beberapa kawasan kampung di Perlis. Tetapi bahan-bahan yang digunakan di dalam rendang serai ini, sedikit berlainan dan ianya mengikut cara dan tradisi memasak keluarga masing-masing. Rendang Serai penduduk kampung di Jitra ini menggunakan asam keping manakala rendang serai di negeri Perlis pula ada dicampur bersama dengan rempah kurma, halia, bawang putih, daun kari dan belimbing buluh. Tetapi teknik penyediaan rendang ini adalah sama, dimana ianya dimasak dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, rendang ini tidak akan mudah untuk menjadi basi dan ianya dapat disimpan dengan lebih lama. Walaupun menggunakan bahan ramuan yang berbeza di dalam resipi rendang serai, namun rasa rendangnya tetap menjadi lazat dan enak untuk dimakan.

Masak Lemak Kuning Daging Pekasam

Negeri Kedah juga amat terkenal dengan pembuatan pekasam iaitu sejenis makanan peram atau jeruk yang diperap dalam tempoh yang tahan lama. Ia merupakan salah satu makanan tradisi yang dikekalkan dari zaman turun-temurun bagi mengekalkan makanan dalam jangka masa yang panjang. Untuk menghasilkan pekasam yang sedap, garam yang banyak amat diperlukan disamping penggunaan asam keping untuk membuatkan pekasam dapat bertahan dengan lebih lama. Selepas itu, pekasam akan disalut bersama dengan serbuk beras yang telah digoreng sebelum disimpan ke dalam bekas tertutup. Jika disimpan di dalam peti sejuk beku, pekasam mampu bertahan dari 6 bulan sehingga ke 1 tahun. Pekasam yang terkenal di negeri Kedah ialah pekasam yang diperbuat dari ikan air tawar atau ikan sawah. Namun, pada zaman kini, pekasam telah diperluaskan dan dikomersialkan lagi dengan menjadikan daging, ayam serta kambing sebagai bahan utama pekasam. Menu Daging Pekasam Lemak Cili Api telah menjadi hidangan istimewa penduduk di negeri Kedah terutama sekali di daerah Kubang Pasu. Hidangan ini bukan sahaja menghasilkan rasa pedas berlemak tetapi ia juga mempunyai rasa masam dan masin dari daging pekasam itu sendiri.

Resipi

Rendang Serai

Bahan Bahan

  • 10 batang serai – dihiris nipis
  • 10 biji bawang merah - dihiris
  • 15 biji cili api – ditumbuk halus
  • 20/30 ekor udang- size sederhana
  • 2 sudu besar udang geragau - ditumbuk
  • 2 biji asam keping
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan kelapa muda yang diparut
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Mula-mula sekali serai hendaklah dihiris dengan nipis dan kemudian direndamkan ke dalam bekas yang berisi air bersama dengan asam keping selama 4 jam.
  2. Masukkan serai, hirisan bawang merah, udang, dan udang geragau ke dalam periuk.
  3. Gaulkan bahan-bahan di atas sehingga sebati.
  4. Selepas itu, tambahkan santan ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana. Rendang hendaklah sentiasa dikacau di atas dapur untuk mengelakkan dari menjadi hangit dan masak rendang tersebut selama lebih kurang satu jam.
  5. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan rendang sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi panas.

This dish originated from Kampung Teluk, Binjal, Kepala Batas, Jitra, Kedah. It is typically served at a Thanksgiving event and has been practised for generations.

Resipi

Masak Lemak Kuning Daging Pekasam

Bahan Bahan

  • Pekasam beef 200gm
  • Shallots– 5 bulbs (pounded finely)
  • 6 biji cili api 6 sprigs (pounded)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 inci kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 biji asam keping
  • Red chillies – 2 sprigs)
  • 2 batang serai – diketuk
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Mash shallots, bird’s eye chillies, and turmeric root together.
  2. Bring the pounded ingredients to a boil in a clay pot with coconut milk. Then, add lemongrass that has been pounded into the soup.
  3. After it boils, put thick coconut milk into the pot, followed by the pekasam beef, red chilli, dried tamarind slices and season with a small amount of salt if it is still not salty.
  4. Cook until it boils and turn off the heat.
  5. This dish has a spicy, fatty, salty, and sour taste from the sourness of the pekasam beef itself.
  6. Daging pekasam is ready to serve.