Ikan Baung merupakan salah satu spesis ikan air tawar atau ikan di kawasan sungai yang datang dari kategori ikan bermisai iaitu ‘çatfish’. Ïkan Baung sedap jika dimasak masak lemak cili api, pindang, sambal, sup dan lain-lain lagi kerana mempunyai tekstur daging yang sangat lembut. Isinya yang putih dan tebal serta tanpa mempunyai duri halus amat digemari oleh orang ramai. Ikan Baung hanya hidup di kawasan perairan yang bersih dan berkualiti tinggi. Oleh sebab itu, ikan ini digemari ramai kerana rasanya yang amat sedap. Khasiat utama ikan ini adalah, ia dapat mencegah penyakit kekurangan zat makanan seperti Anoreksia serta mempunyai protein terbaik yang dapat membekalkan sumber tenaga yang banyak bagi keperluan seseorang individu. Disamping itu juga, ikan ini mengandungi kandungan vitamin B dan C yang sangat bagus untuk kulit selain melegakan system pernafasan bagi mereka yang semput serta dapat mencegah masalah kanser usus dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Menu masakan ikan baung masak lemak cili api, merupakan menu yang enak untuk dimakan bersama dengan nasi putih dan juga ulam-ulaman. Masakan ini mempunyai rasa pedas, masin dan masam yang seimbang dan ia membuatkan menu hidangan ini amat digemari oleh orang ramai.
Bandar Baharu
Bandar Baharu merupakan daerah yang terletak di sempadan antara Negeri Pulau Pinang dan Bandar Baharu merupakan daerah yang terletak di sempadan antara Negeri Pulau Pinang dan juga Negeri Perak. Sungai Kerian yang terletak di Bandar Baharu menjadi garis sempadan di antara Negeri Perak dan Negeri Kedah melalui susur keluar lebuhraya di daerah ini. Sungai Kerian telah menjadi lokasi utama bagi acara tradisi sukan sungai yang menempatkan tiga daerah bersempadan di tiga negeri, iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Sungai itu menjadi tumpuan utama di kalangan pemancing dan merupakan sungai yang kaya dengan hasil udang galah dan ikan kelisa emas di Malaysia.
Makanan Warisan
-
Masak Lemak Kuning Ikan Baung
-
Kerabu Pisang Muda
Masak Lemak Kuning Ikan Baung
Kerabu Pisang Muda
Kerabu pisang muda adalah sejenis masakan kampung yang telah diolah sebagai menu hidangan kerabu di negeri Kedah. Pisang muda yang digunakan adalah terdiri dari pisang emas ataupun pisang kapas. Namun begitu, tidak semua jenis pisang sesuai untuk dijadikan sajian hidangan kerabu. Untuk menghasilkan kerabu ini, pisang tersebut perlulah dicuci dengan bersih dan kemudian direndam bersama dengan air garam untuk menghilangkan rasa pahitnya. Selepas itu, pisang akan dipotong secara menyerong sebelum digaulkan bersama dengan bahan-bahan yang lain. Menu ini amat sedap jika dimakan bersama nasi panas atau diratah begitu sahaja. Hidangan masakan kampung ini bukan sahaja dapat membangkitkan selera makan tetapi ia juga dapat menggamit segala nostalgia dan suasana di kampung halaman.
Resipi
Masak Lemak Kuning Ikan Baung
Bahan Bahan
- 1 ekor ikan baung – dipotong 2
- 2 cawan santan pekat
- 6 biji bawang merah – ditumbuk
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk
- 4 biji cili merah - ditumbuk
- 10 biji cili padi - ditumbuk
- 2 batang serai – diketuk
- 1 inci kunyit hidup - ditumbuk
- 1 inci halia – ditumbuk
- 1 inci lengkuas – ditumbuk lumat
- 4 keping asam keping
- Garam secukup rasa
Cara Memasak
- Bersihkan ikan baung dengan perahan air limau nipis dan sedikit garam. Kemudian cuci dan toskan ikan tersebut.
- Tumbuk bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas dan cili api. Kemudian, ketuk serai di bahagian hujungnya.
- Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk tanah liat.
- Selepas itu, masukkan santan cair ke dalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan sehingga kuah mendidih.
- Kemudian, masukkan ikan baung bersama dengan asam keping, cili merah dan juga santan pekat ke dalam periuk.
- Siram kuah ke atas ikan sehingga ikan tersebut masak dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan seketika sebelum api dapur dipadamkan.
- Masak lemak cili api ikan baung sedia untuk dihidangkan.
Resipi
Kerabu Pisang Muda
Bahan Bahan
- 10 biji pisang muda – dikupas dan dipotong bulat dan nipis
- ½ cawan kerisik
- ¾ cawan beras goreng – ditumbuk halus
- 8-10 biji cili api – dikisar
- 100 gm udang kering - dikisar
- 10 biji bawang merah - dihiris
- ½ cawan asam jawa
- 1 cawan santan pekat
- Garam secukup rasa
Cara Memasak
- Rendamkan pisang muda yang sudah dihiris nipis ke dalam air yang mengandungi garam untuk menghilangkan rasa pahit pisang tersebut.
- Toskan dan sejat hirisan pisang muda tersebut sehingga kering.
- Satukan bahan-bahan yang dikisar seperti cili api, udang kering dan juga bawang merah yang dihiris nipis ke dalam bekas dan gaulkan sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan santan pekat, kerisik, beras goreng dan air asam jawa ke dalam bahan-bahan di atas.
- Akhir sekali, masukkan hirisan pisang muda dan perasakan dengan garam dan gaul sehingga semua bahan-bahan tadi menjadi sebati.
- Masukkan kerabu pisang muda yang sudah digaul tadi ke dalam peti sejuk selama 15 minit. Kerabu ini amat enak untuk dihidangkan dan dimakan ketika sejuk.
Kerabu is a traditional Malay salad. It can be prepared from various ingredients and should have the sambal shrimp paste, coconut milk, kerisik and tamarind extract.