Nasi ulam adalah sejenis hidangan nasi sejuk yang dicampur bersama dengan pelbagai jenis ulam-ulaman, sayur-sayuran, kerisik dan bahan-bahan lain lagi. Negeri Kedah amat terkenal dengan kepelbagaian ulam-ulaman yang tersendiri. Dikatakan bahawa terdapat lebih dari 100 jenis ulam di dalam negeri Kedah itu sendiri. Oleh itu, hidangan nasi ulam ini adalah menu sihat yang sangat berkhasiat kerana ianya menggunakan pelbagai jenis ulam dan sayur. Ianya juga amat bagus bagi membantu pembuangan angin dalam badan serta melancarkan peredaran darah. Sajian ini amat terkenal di sekitar kawasan kampung dan pedalaman kerana menggunakan pelbagai jenis ulam yang banyak ditemui di kawasan berdekatan hutan. Kebanyakan jenis ulam semakin sukar untuk diperolehi pada masa kini. Kebiasaannya, untuk membuat nasi ulam ini, penduduk akan menggunakan lebih dari sepuluh jenis ulam agar ianya lebih sedap, berkhasiat dan enak untuk dimakan. Kerisik akan dicampurkan bersama dengan bahan-bahan lain bagi menaikkan lagi aroma serta bau nasi ulam tersebut.
Baling

Makanan Warisan
-
Asam Pedas Keladi
-
Nasi Ulam
Nasi Ulam
Asam Rebus Keladi
Nasi ulam selalunya akan dihidangkan bersama dengan menu asam pedas keladi ataupun masak sayur keladi. Dua jenis masakan yang terkenal menggunakan sayur batang keladi ini. Salah satunya ialah dengan menggunakan lada hitam sahaja tanpa menggunakan cili dan cara ini dikatakan berasal dari resipi yang asli. Manakala satu lagi cara ialah dengan mencampurkan cili yang sudah ditumbuk ke dalam masakan. Tetapi, kedua-dua resipi ini tetap akan menghasilkan rasa yang pedas, manis dan masam pada sayur keladi tersebut. Sayur batang keladi memerlukan teknik memotong dengan cara yang betul kerana ianya akan membuatkan tekak menjadi gatal. Teknik yang salah akan menyebabkan rasa gatalnya tidak akan hilang apabila dimasak nanti. Oleh itu, batang keladi perlu disiang dengan membuang bahagian kulit luarnya terlebih dahulu. Kulit dibahagian ini hanya perlu disiat sahaja dari bahagian bawah dan ditarik ke atas. Kemudian, batang keladi ini akan dipotong secara menyerong sebelum direbus bersama garam dan dibuang airnya sebanyak 3 kali untuk menghilangkan segala lendir-lendir gatal pada batang keladi tersebut. Menu asam rebus keladi ini dikatakan tidak sesuai untuk dimakan bagi mereka yang mempunyai sakit urat kerana ianya boleh memudaratkan.
Resipi
Nasi Ulam
Bahan Bahan
- ½ periuk nasi putih sejuk
- 1 kuntuk bunga kantan
- 5 helai daun cekur
- 5 helai pucuk gajus
- 5 helai pucuk kaduk
- 5 helai pucuk putat
- 5 helai daun sekentut
- 5 helai daun limau purut
- 5 helai daun kunyit
- 5 tangkai daun kesum
- 5 helai daun pegaga
- 5 helai daun kemangi
- 5 helai daun cemumar
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 cawan isi ikan kembung – dibakar dan ditumbuk lumat
- ½ cawan kerisik
- 7 biji cili api -ditumbuk lumat
- 1 inci belacan -dibakar dan ditumbuk lumat
- 1 inci lengkuas – ditumbuk lumat
- 1 batang serai – ditumbuk lumat
- 10 biji bawang merah – ditumbuk lumat
- Garam secukup rasa
Cara Memasak
- Cuci dan bersihkan kesemua ulam-ulaman. Toskan dan sejat sehingga kering.
- Gulung ulam-ulam tersebut dengan kemas untuk memudahkan proses memotong ulam itu nanti. Ulam yang berdaun kecil diletakkan dibahagian dalam, manakala ulam yang berdaun besar dibahagian luar. Kemudian, gulung kesemuanya sekali dan hiris dengan halus.
- Ulam-ulaman yang telah dihiris diletakkan di dalam satu bekas.
- Kemudian, tumbuk dengan lumat bahan-bahan yang perlu ditumbuk.
- Selepas itu, masukkan nasi yang telah disejukkan ke dalam sebuah bekas besar diikuti dengan ulam-ulaman yang telah dihiris halus.
- Kemudian, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk lumat ke dalam bekas. Gaul sehingga kesemua bahan menjadi sebati.
- Akhir sekali, perasakan dengan sedikit garam dan nasi ulam sedia untuk dihidangkan.
Resipi
Asam Pedas Keladi
Bahan Bahan
- 3-4 pokok batang keladi – direbus
- 2 biji bawang besar – dimayang halus
- 1 inci kunyit hidup - ditumbuk
- 1 ekor isi ikan kembung – dibakar
- 2 tangkai daun kesom
- 4 keping asam keping
- 6 biji cili api - ditumbuk
- 3 biji cili merah - ditumbuk
- 1 inci belacan -dibakar dan ditumbuk lumat
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- 4 cawan air putih
Cara Memasak
- Rebus batang keladi dan kemudian toskan airnya. Rebus sebanyak 3 kali agar miang dan gatal pada batang keladi tersebut dapat dihilangkan.
- Tumbuk bahan-bahan seperti kunyit hidup, belacan, cili padi dan cili merah.
- Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan dimayang halus ke dalam periuk bersama dengan 4 cawan air.
- Masukkan asam keping, daun kesom, serbuk lada hitam dan isi ikan kembung ke dalam periuk
- Akhir sekali, masukkan keladi dan perasakan dengan garam.
- Asam rebus keladi is ready to be served and enjoyed with fresh herbs and rice