Skip to main content

Kota Setar

Nama Kota Setar berasal daripada perkataan Setar atau pokok ‘Stak’ (Bouea macrophylla) yang tumbuh melata di kawasan di dalam daerah ini. Pada awalnya, Kota Setar cuma merupakan sebuah kampung yang mempunyai beberapa buah rumah yang terletak di muara dua batang sungai. Namun, apabila Sultan Mohamad Jiwa menjumpai kampung ini, baginda telah menjadi begitu tertarik dengannya. Ianya menghijau kerana dikelilingi oleh pohon-pohon pokok buah Setar yang besar. Akhirnya, beliau menjadikan kota ini sebagai sebuah bandar Di-Raja dan Istana Kota Setar sebagai tempat bagi baginda bersemayam. Dari sinilah, ianya mendapat nama Kota Setar. Bermula dari era pemerintahan Sultan Mohamad Jiwa ini juga, telah berlaku penerokaan tanah-tanah paya secara besar-besaran di kawasan ini untuk dijadikan sawah padi.

Makanan Warisan

  • Emping Mentah / Emping Tumis

  • Kuih Bunga Pudak

Emping Mentah / Empung Tumis

Emping padi ialah salah satu makanan tradisi masyarakat di negeri Kedah dan juga negeri-negeri yang mempunyai tanaman padi. Emping diperbuat daripada padi pulut dan ianya sedikit berbeza dari padi biasa. Padi pulut kebiasaannya agak lewat ditanam dan ia dijadikan sebagai padi khas sempena menutup musim penanaman padi. Oleh itu, padi ini agak lambat untuk dimasak dan ianya akan dituai ketika ianya masih hijau. Emping padi juga dijadikan sebagai salah satu juadah muafakat bagi kebanyakan penduduk kampung, kerana mereka akan berkumpul di suatu tempat khas bagi menghasilkan emping padi ini. Acara mengemping padi telah di anggap sebagai sebuah pesta dan acara ini amat dinantikan oleh kesemua penduduk kampung dan masyarakat setempat. Semasa acara pesta ini berlangsung, golongan pemuda kampung akan mengambil peluang untuk mencari pasangan hidup mereka. Ini kerana, kebanyakan anak-anak gadis akan turut serta dan terlibat di dalam proses memasak dan pembuatan emping padi ini.

Kuih Bunga Pudak

Kuih bunga pudak atau kuih bunga pundak adalah sejenis kuih tradisonal masyarakat Melayu di bahagian utara negeri Kedah seperti Alor Setar, Jitra dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya. Kuih ini dikatakan tidak popular atau dikenali bagi masyarakat Kedah yang tinggal di bahagian selatan dan timur. Kuih ini adalah sejenis sajian asli tradisional yang popular untuk dihidangkan sewaktu kenduri kendara dan juga semasa musim perayaan. Ia dinamakan sempena warna bunga pokok pundak. Namun begitu, kuih ini agak sukar untuk didapati dan malah tidak ramai golongan muda yang memiliki kemahiran serta berminat untuk membuat kuih ini lagi. Pembuatan kuih ini memerlukan kemahiran yang tinggi khususnya ketika proses mengayak tepung dan melipat kuih tersebut. Namun, kuih ini dikatakan ada dijual di kedai-kedai kuih tradisional terutama sekali di Pekan Rabu, Alor Setar. Kuih bunga pudak ini sangat enak untuk dinikmati kerana mempunyai inti kelapa dan sedap dimakan ketika masih panas.

Resipi

Emping Mentah

Bahan Bahan

  • 3 cawan emping hijau
  • 2 cawan kelapa mudah yang diparut
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air kelapa muda
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Satukan air kelapa muda dan kelapa parut di dalam bekas. Kacau sehingga kelapa parut menjadi kembang.
  2. Masukkan gula pasir ke dalam adunan and kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan emping hijau dan juga garam ke dalam adunan dan gaul sehingga sekata.
  4. Emping kelapa siap untuk dihidangkan dan ianya sesuai jika dimakan ketika minum petang.

Emping kelapa ini dihasilkan apabila musim padi dituai. Padi muda yang segar biasanya digunakan untuk membuat emping ini. Ia adalah amalan tradisi bagi petani yang menanam padi di sekitar negeri Kedah dari zaman dahulu. Pada masa kini, tidak ramai lagi keluarga yang mahir dan masih menghasilkan masakan dari emping padi ini.

Resipi

Emping Tumis

Bahan Bahan

  • 4 cawan emping hijau
  • 150 gm udang kering - dikisar
  • 10 batang cili kering - dikisar
  • 8 biji bawang merah - dikisar
  • 2 batang serai - dikisar
  • 3 cm halia - dikisar
  • 150 ml minyak masak

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan api yang sederhana.
  2. Masukkan kesemua bahan-bahan yang telah dikisar halus ke dalam minyak yang panas. Kacau sehingga bahan-bahan tersebut menjadi sebati dan masak sehingga pecah minyak. Ketepikan bahan ini buat seketika.
  3. Di dalam kuali yang berlainan, gorengkan emping hijau tadi tanpa minyak sehingga ianya mengembang dan berwarna kekuning-kuningan. Emping ini juga akan menjadi rangup apabila digoreng dan mengeluarkan bunyi pop seakan-akan emping jagung yang dimasak.
  4. Kemudian, satukan emping yang sudah digoreng tadi bersama dengan adunan cili kisar, bawang dan bahan-bahan lain yang diketepikan sebentar tadi. Gaul sehingga 2 adunan ini menjadi sebati. Kemudian, kacau perlahan-lahan sehingga emping ini menjadi kering dan berwarna keperang-perangan. Emping ini hendaklah sentiasa kacau untuk mengelakkan dari menjadi hangit. Emping tumis goreng sedia untuk dimakan.

Emping tumis goreng ini hanya boleh dijumpai di negeri Kedah Darul Aman. 

Resipi

Kuih Bunga Pudak

Bahan Bahan

  • Fresh white grated coconut – 300gm
  • Sugar – 400gm
  • Red, Yellow and Green colouring
  • Glutinous rice flour – 1 cup
  • Water as needed (to mix with the flour). It should not be wet but sandy (used to prepare the shell and wrap the coconut filling)

Cara Memasak

  1. Sediakan inti kelapa bunga pudak ini dahulu iaitu dengan menggaulkan kelapa parut bersama dengan gula pasir.
  2. Kemudian, bahagikan kepada beberapa bahagian. Gaulkan dengan pewarna merah, hijau dan kuning yang secukupnya dan sangai kelapa tersebut sehingga ianya menjadi kering. Sangai dengan api yang perlahan.
  3. Selepas itu, angkat kelapa yang sudah siap disangai tadi dan sejukkan. Pastikan inti betul-betul kering kerana jika inti kelapa sedikit basah, kuih ini akan cepat menjadi rosak.
  4. Sediakan bahan-bahan untuk membuat kulit bunga pudak pula. Tuangkan tepung beras pulut ke dalam bekas. Kemudian bancuhkan air dan garam sehingga larut. Renjis-renjiskan air garam ini ke atas tepung tersebut sambal diramas menjadi seperti serbuk roti. Adunkan bancuhan ini selama 30 minit dan ketepikan buat seketika.
  5. Sementara itu, panaskan kuali dengan api yang perlahan. Ayakkan adunan tepung beras pulut tadi menggunakan penapis kecil ke atas kuali dan bentukkan tepung menjadi bulat dan nipis.
  6. Kemudian, sendukkan inti kelapa tadi dan isikan ditengah-tengah tepung dan lipat dengan rapi sehingga ianya menjadi bentuk segi empat. Ulang proses yang sama untuk warna inti kelapa yang berlainan sehingga siap. Kini, kuih bunga pudak siap untuk dihidangkan. filling in the centre of the pancake and wrap it nicely.

Hidangan kuih tradisi yang manis ini sukar untuk dijumpai di negeri di Kedah. Pada zaman dahulu, ia dimasak dan dihidangkan di dalam majlis keraian atau acara-acara istimewa di istana.